Nik Aziz pun naik S Class? KLIK
Dulu pemimpin2 UMNO teruk dibelasah oleh pemimpin2 PAS dek perbuatan mereka yang bermewahan setelah jadi ahli politik. Memang benar ia memang berlaku dikalangan dalam UMNO kerana mereka semua bukan malaikat dan tidak memiliki iman yang mampu menghalang mereka daripada berbuat demikian kerana mereka pejuang politik dan bukan pejuang islam sebenar seperti para sahabat. Ianya tidaklah menghairankan ia berlaku dalam kalangan orang UMNO.
Tetapi sangat2 menghairankan apabila orang berjubah, berkopiah, berserban, bercakap agama, mengaku pejuang islam berkelakuan seperti pemimpin UMNO. Mereka tidak sepatutnya berbuat demikian kalau mereka benar2 pejuang islam. Kerana pejuang2 islam sebenar seperti para sahabat memiliki iman yang teguh dihati dan mereka tidak mudah terpedaya dan terliur dengan kemewahan dunia.
Ternyatalah bahawa PAS hanya islam rupa dan tapi dalam hati sama cinta dunia seperti orang lain yang tidak guna imej dan rupa islam seperti pemimpin2 PAS.
Dulu tuduh UMNO bermewahan, sekarang PAS buat perkara yang sama. Dulu tuduh UMNO kafir kerana bersama MCA dan MIC, sekarang PAS buat perkara yang sama namun lebih teruk (bersama DAP).
Jadi terbuktilah bahawa pemimpin2 PAS dan pemimpin UMNO sama sahaja dari sudut suka bermewahan dengan dunia.Cuma sebelum ini ustaz2 PAS tidak ada peluang seluas pemimpin2 UMNO. Jadi kerana selama ini mereka tidak ada peluang, semua penyokong PAS tertipu bahawa mereka semua ini baik, tak suka kereta mewah, tak suka main perempuan dan tak suka rumah mewah. Tetapi sejak akhir2 ini, sejak berkawan dengan parti komunis DAP dan Anwar, sifat tamakkan dunia, sukakan kemewahan hidup dunia makin membiak dalam diri pemimpin PAS. Sifat sebenar pemimpin2 PAS yang cintakan dunia makin terserlah.
Percayalah pemimpin PAS dan pemimpin UMNO adalah seumpama 2 pasukan bola sepak yang berebut bola iaitu kuasa. Satu jersi hijau dan satu lagi jersi biru. Perebutan bola telah menyebabkan penyokong2 hijau dan biru yang berbangsa melayu berpecah teruk sekali. Cina cukup suka keadaan ini kerana mudah bagi mereka mengatur langkah untuk kumpulkan ahli parlimen bukan melayu dan bukan islam bersatu dibawah satu payung dan berPMkan ketua yang beragama kristian dan mudah tukar bendera Jalur Gemilang kepada bendera Roket Naik Kebulan.
Percayalah umat islam di Malaysia atau dimana sahaja hanya akan bersatu bila kembali kepada ajaran islam yang sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw yang bermatlamatkan mencari redha Allah swt dan bukan mencari redha manusia supaya pangkahlah saya! Selagi kita sibuk mencari redha manusia, api permusuhan tidak akan reda malahan perpecahan akan berterusan berlaku.
~ pengikut Muhammad saw
No comments:
Post a Comment