Thursday, 8 September 2011

PAS CAKAP PASAL ISLAM BERBUIH-BUIH


PAS akan cakap pasal islam berdengung-dengung bila nak mengundi, lebih-lebih di tempat yang majoriti orang melayu seperti di Tenang johor dulu, Si Nizar telah berfatwa haram syarie undi UMNO. Selepas mengundi mereka akan diam cakap pasal islam dan bila datang ujian Allah seperti kalimah Allah, kes arak di shah alam, kes bacaan quran di Penang dan kes murtad di gereja damansara mereka menikus dan letak kesalahan kpd pemimpin kerajaan terutama dari UMNO. Inilah sikap pemimpin2 PAS. Guna islam hanya untuk dapat kuasa. Selepas dapat kuasa, islam dibelakangkan.

Dulu pemimpin PAS tak ramai seperti sekarang yang menang samada wakil DUN atau Parlimen. Sekarang selepas PRU12, mereka mulai terasa lazat dapat kuasa. Mereka rasa hebat berpangkat MB, YB. Kelazatan itu membuka selera mereka untuk terus berkuasa walau apa cara sekalipun termasuk menggadai prinsip asal PAS untuk bangunkan negara islam. Mereka tahu kalau join UMNO mereka susah dapat peluang kerana terpaksa bersaing dengan yang lebih senior. Jalan pintas join PAS. Kerana rasa lazat berkuasalah mereka mulai nampak lazat yang lebih dasyat kalau dapat memerintah Malaysia. Kalau 5 negeri pun dah lazat apa lagi kalau dapat seluruh negara. Kerana kelazatan itu mereka sanggup gadaikan prinsip negara islam dan hukum hudud yang perjuangkan dulu sehingga habis dikafirkan siapa saja yang tidak sependapat dgn PAS waktu itu samada adik beradik, saudara mara dan jiran tetangga.

Di kampung aku di Terengganu, solat jumaat pecah dua UMNO dan PAS. Sembelihan UMNO tak sah. Nikah oleh jurunikah UMNO tidak sah. Bayangkan dulu betapa kuat pegangan mereka kpd ajaran ulama PAS nik aziz dan hadi awang.

Apa dah jadi sekarang? kenapa semua ni berlaku? ini semua kerana PAS selama ini bukan benar2 mahu islam tapi hanya guna islam untuk dapat habuan dunia iaitu kuasa, pangkat, duit & harta.
Adakah ini tuduhan atau fitnah? Jawapannya tidak, kerana ia benar2 berlaku sekarang. PAS tidak lagi perjuangkan islam spt dulu setelah berkawan dgn parti Komunis, DAP.
Fitnah PAS dahulu bahawa UMNO jadi kafir berkawan dgn MCA dan MIC membentuk parti BN telah pulang kembali kpd mereka. Fitnah kembali kpd mereka dgn begitu dasyat sekali. UMNO berkawan dgn MCA, Gerakan & MIC tetapi islam tetap diusaha untuk dijaga sebaik mampu. Tapi PAS bersama DAP & PKR, hancur agama islam.

Sekali lagi, ini bukan fitnah tetapi ia benar2 berlaku.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment