Tuesday, 27 September 2011

NAJIB, BERPIJAKLAH DI BUMI NYATA


Tidak ramai yang ingin menulis tentang hal ni kerana takut mengundang bala besar kepada parti pemerintah sekarang. Hakikatnya, kebanyakan orang melayu tahu hal ini dan bincang hal ini diluar tetapi kebanyakan di alam-maya semua tutup mulut. Bercakap benar tentang sesuatu lebih baik daripada membiarkan sesuatu menjadi lebih buruk berlaku masa hadapan. Masa zaman Pak Lah, Tun Mahathir buat teguran secara direct disebabkan kedegilan Pak Lah dan keangkuhan menantunya, KJ. Dan kesan Tun buat teguran secara terbuka, pakatan rakyat ambil peluang untuk pancing undi dengan menggunakan modal kelemahan Pak Lah dan kritikan Tun yang membuahkan hasil pada PRU12, 5 negeri tumbang ke tangan pakatan rakyat. Sekarang kesilapan dan kelemahan Najib tidak ditegur oleh Tun secara terbuka kerana tidak mahu beri peluang kali kedua kepada pakatan rakyat dalam PRU13 akan datang. Namun pandangan dan kenyataan yang tersirat oleh Tun boleh dibaca antaranya Tun baru2 ini ada suarakan kerisauan beliau tentang hak melayu yang semakin terhakis.

"Kita tidak mahu merampas hak orang lain, tapi jangan pula ada orang cuba merampas hak kita"

Kerisauan ini lahir apabila melihat kaum cina dan india yang mulai berani menuntut kesamarataan hak dan mempersoalkan hak melayu dan islam. Dalam erti kata lain hak istimewa melayu dan islam dituntut supaya dihapuskan dan semua kaum negara ini miliki hak yang sama termasuk semua agama diberi hak yang sama seperti yang didokong oleh Anwar iaitu fahaman pluralisme.Tuntutan bangsa lain menjadi semakin ketara dan lebih berani dibuat semenjak 1 Malaysia diperkenalkan oleh Najib.

Kegagalan Najib menjelaskan secara jelas konsep 1 Malaysia menyebabkan setiap kaum membuat tafsiran sendiri. Cina dan India membuat tafsir bahawa sama rata semua perkara tanpa lihat perlembagaan yang memberi hak istimewa kepada melayu dan islam yang merupakan tuan asal Tanah Melayu. Sebaliknya melayu semakin gusar kerana melihat hak istimewa melayu terhakis zaman Najib satu demi satu dan lebih parah apabila penasihat2nya seperti Idris Jala, Koh Tsu Kun dan terkini Maximus dilihat menggunakan peluang yang ada untuk melenyapkan legasi Tun Mahathir terhadap bangsa melayu. Contohnya, apa telah terjadi pada Petronas? apa telah terjadi pada MAS? apa jadi dengan hak pemberian biasiswa kerajaan kepada pelajar melayu? Hidden agenda oleh pihak tertentu dalam pemerintahan najib ditutup atas dasar nama program Pelan Tranformasi termasuklah tranformasi politik dengan menghapuskan ISA?

Rakyat yang bijak menilai melihat bahawa Najib cuba bertindak diluar kotak realiti sebenar keadaan negara ini dengan kefahaman bahawa perpaduan antara kaum dapat diwujudkan melalui slogan 1 Malaysia. Manusia tidak akan bersatu dengan slogan. Kalau ianya terbukti boleh, semestinya dari dulu lagi Tun Mahathir atau perdana menteri sebelum2nya akan perkenalkan.


Realitinya, manusia tidak akan bersatu dalam perkara yang palsu atau batil. Sebaliknya manusia hanya dapat bersatu dalam kebenaran atau haq. Kebenaran tersimpan dalam agama Allah, Islam. Sekiranya orang islam sendiri di negara ini pun masih belum boleh bersatu, mana mungkin penyatuan antara bangsa yang berlainan agama boleh wujud! Retorik politik, ianya boleh laksanakan tetapi hakikatnya bangsa lain ambil peluang daripada pendirian Najib terhadap konsep 1 Malaysia untuk hapuskan apa2 sahaja milik melayu dan islam.

Tun Mahathir sedar dan faham hakikat diatas. Beliau sedar bahawa setiap kaum negara ini memiliki sifat rasis yang tinggi tidak kira melayu, cina dan india. Sebab itu dalam keadaan negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi, percaturan politik mesti dilakukan dengan bijaksana dan tegas bagi menangani kaum2 tadi yang semuanya miliki sifat rasis yang tinggi. Kerana itu ISA atau undang2 yang lebih baik dari ISA sangat perlu diwujudkan dalam menangani masalah isue perkauman dan agama. Kesilapan demi kesilapan dilakukan. Hati melayu terus terguris dengan polisi Najib.

Rata2 orang melayu yang kebanyakan pengundi atas pagar dan juga sebahagian ahli UMNO yang nampak akan hal ini mengeluh bila sebut tentang penghapusan hak melayu dan islam yang dilakukan secara perlahan-lahan. Raja Nazrin juga menyatakan perkara yang sama dalam titahnya dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia selama 2 hari yang bermula semalam mendapat perhatian semua pihak termasuk raja-raja Melayu dan tokoh akedemik. KLIK

Cina tuduh Tun Mahathir ultra-malay kerana begitu sungguh2 menaikkan martabat bangsa melayu dan tanpa mereka sedar bahawa cina sendiri juga bersifat ultra-kiasu yang tinggi. Contohnya kes Teoh Beng Hock, bersungguh2 mereka tuntut keadilan untuk bangsa sendiri. Bila melayu bersuara tentang hak melayu dan islam, mereka tuduh melayu rasis. Begitu juga kaum india, kewujudan Hindraf membuktikan kaum india juga memiliki sifat rasis yang tinggi.

Perihal ini kita dapat faham bahawa setiap kaum atau bangsa menyanyangi bangsa sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa akan lebih sayang anak sendiri daripada menyayangi anak orang lain. Ini fitrah kehidupan manusia. Dan manusia hanya tidak akan rasis bila manusia manusia ambil agama Allah yakni islam sebagai panduan hidup.

Sekarang ini islam yang ada pada diri orang islam bukanlah islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw sebaliknya islam tafsiran masing2 yang jauh menyimpang dari ajaran sebenar Muhammad saw. Islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw akan membawa kepada penyatuan manusia dari pelbagai bangsa buktinya zaman era kegemilangan islam pelbagai bangsa bersatu dalam islam. Tetapi sayangnya bila kita sudah hilang islam yang sebenar, bukan pelbagai bangsa nak bersatu tetapi perpaduan dalam bangsa yang sama pun jadi mustahil. Contoh jelas bangsa melayu. Yang pasti sudah pecah. Ini bermakna islam yang ada pada kita semua termasuk islam yang diagung2kan oleh penyokong PAS bukanlah islam yang sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw.

Perbincangan antara melayu tentang hala tuju dan survival melayu dan islam dapat disimpulkan bahawa melayu banyak terguris dengan tindakan 2 sepupu yang lahir dari noble family ini yang jauh berbeza dengan Tun Mahathir yang menyelami kehidupan dan membesar sebagai rakyat biasa. Kebanyakan bloggers pro pemerintah banyak menegur sepupu bernama Hisham yang dikatakan penakut dan lembik apabila isu2 yang melibatkan keselamatan dan keharmonian negara tercabar. Namun teguran untuk Najib dan isterinya juga perlu sebelum keadaan makin parah. Sebelum melayu semakin naik muak seperti melayu naik muak dengan Pak Lah dan KJ, lihatlah kesan PRU12. Isteri Tun Mahathir tidak pernah inter-frame sebegini rupa sepanjang pemerintahan Tun 21 tahun. Segala puji bagi Allah yang menganugerahkan Tun kekuatan hati dan fikiran yang tajam untuk bertindak bijaksana dan tegas sepanjang pentadbiran beliau. Kenapa inter-framenya semakin menjadi2? antaranya seperti diberi slot khas berucap ketika sambutan 1 syawal baru2 ini dan sangat kerap muncul di program2 TV? Adakah benar telahan bahawa the first lady akan menjadi first lady to become PM of Malaysia dengan sokongan kuasa wanita kerana pembelaan hak wanita dibuat dengan begitu ketara? Jika perkara ini tidak dihentikan jika benar berlaku dan tidak dijelaskan hal sebenar jika ianya tidak benar, ia akan jadi backfire seperti KJ jadi backfire kepada Pak Lah yang telah jadi modal politik untuk PR hentam kerajaan. Hal ini telah menjadi perbincangan melayu.

Melayu yang cintakan tanahair tidak senang hati bila perkara ini sampai kepada pengetahuan mereka melainkan melayu yang suka mengambil peluang untuk kepentingan diri dengan merelakan keburukan berlaku tanpa dicegah sebelum ia semakin parah asalkan dapat habuan tembolok masing2. Pemimpin2 melayu islam dalam PAS dan PKR langsung tidak boleh diguna pakai untuk perjuangkan hak melayu dan islam. Mereka telah terpesong jauh dan hanyut dalam angan2 mereka bersama parti komunis, DAP  untuk tawan Putra Jaya. Hanya tinggal sekarang beberapa kerat pemimpin2 melayu dalam UMNO dilihat mampu menggalas misi 'Perjuangan Belum Selesai'.

Menegur sesuatu keburukan dalam pemerintahan negara adalah tanda sayangkan negara. Membiarkan keburukan berlaku dalam pemerintahan negara bermakna sedia lihat negara ini hancur oleh tangan2 manusia yang rakus dan tamakkan kuasa, harta, kemasyuran dan kemuliaan. 

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment