Tuesday 13 September 2011

BAIK ATAU ROSAK SEORANG PEMIMPIN


Sepanjang pemerintahan Tun Mahathir selama 21 tahun menjadi PM Malaysia, tidak pernah ada kes melibatkan campurtangan ahli keluarga beliau dalam pentadbiran negara walaunpun orang yang paling dekat dengan beliau iaitu isterinya, Tun Hasmah Ali. Oleh kerana tiada campurtangan dari orang terdekat, Tun Mahathir dapat membuat keputusan dengan tepat dan bijaksana serta beliau dapat mentadbir negara dengan telus dan tegas.

Semasa pemerintahan Pak Lah, beliau gagal mengalas amanah sebagai pemimpin negara yang telus dan cekap. Beliau seringkali dikaitkan dengan keputusan yang flip-flop dalam hal2 yang penting. Kenapa beliau jadi sedemikian? Faktor utama beliau jadi begitu kerana beliau seorang yang lemah bila dipujuk oleh orang kelilingnya, lebih2 lagi orang yang dekat dengan beliau. Semua orang tahu Tun Mahathir sangat marah bila dapat tahu banyak keputusan Pak Lah dalam pentadbirannya telah dipengaruhi oleh lelaki Tingkat 4. Siapa lelaki itu? dia adalah lelaki yang mengelarkan Tun sebagai 'beruk tua' dalam ceramahnya sewaktu dulu.
Oleh kerana Pak Lah gagal menjadi pemimpin yang baik, dia dipaksa oleh rakyat supaya meninggalkan kerusi nombor 1 negara selepas PRU12.

Sekarang negara ini diterajui oleh jentera kerajaan yang diketuai Najib. Najib dilihat sebagai pemimpin yang memiliki idea untuk gerakkan negara ke depan. Namun tindakan beliau kadang2 dilihat sebagai tidak berpijak di bumi nyata dan keduanya beliau dilihat juga dipengaruhi oleh orang dikelilingnya seperti Pak Lah, oleh menantunya.

Pertamanya, konsep 1 Malaysia yang dilancarkan oleh beliau membuka mata rakyat terutama kaum Melayu bahawa kepentingan melayu dan islam tergugat dengan polisi Najib bagi menjayakan konsep 1 Malaysia. Tun Mahathir sebagai presiden UMNO dahulu menjaga kepentingan Melayu dan Islam dengan penuh komited dan bersungguh2. Manakala pemimpin MCA, MIC, Gerakan dan Parti2 di Sabah Serawak berusaha menjaga kepentingan kaum masing2. Perkongsian kuasa zaman pemerintan Tun dilihat lebih membawa manfaat secara adil kepada semua kaum kerana pemimpin2 setiap kaum menjaga kepentingan kaum masing2.
Apabila konsep 1 Malaysia diperkenalkan dalam pemerintahan Najib, fungsi presiden UMNO sekarang tidak lagi seperti Tun dahulu. Kerana takut konsep 1 Malaysia gagal, Najib tidak dapat bertindak dengan penuh dedikasi menjaga kepentingan melayu dan islam yg selama ini digalas oleh presiden UMNO. Kerana melihat perkembangan ini, melayu jadi sedih dan risau maka lahirlah PERKASA sebagai badan yang mengambil alih fungsi UMNO demi menjaga kepentingan melayu dan islam. KLIK

Keduanya, beliau dikatakan terpengaruh dengan orang di keliling beliau yang membawa kerugian kepada melayu terutamanya. Ramai melayu meluahkan rasa kecewa dengan polisi ekonomi yang dilakukan oleh Najib setelah mendapat nasihat Idris Jala yang dilihat mengurangkan kepentingan melayu. Walauapa pun alasan diberi spt mahu melayu berdikari, melayu tetap tidak berpuas hati dengan polisi yang diperkenalkan. Yang terdekat apa terjadi dengan penggabungan MAS dan AirAsia (walhal HQ AirAsia berpindah ke Indonesia). Rakyat juga banyak bercakap Najib dipengaruhi oleh Rosmah isterinya dalam pentadbiran. Inilah antara peluru utama Pakatan Rakyat yang akan diguna dalam kempen mereka. Pak Lah gagal kerana menantunya. Tidak sepatutnya Najib membiarkan apa yang berlaku kepada Pak Lah diulangi lagi dalam pentadbirannya jika mahu bertapak lama di kerusi nombor 1 negara. Banyak hal yang diperkatakan oleh rakyat tentang Najib dipengaruhi oleh First Lady negara ini.

Najib sepatutnya membaiki kesilapannya jika ia benar2 berlaku krn rakyat yang sama akan bertindak terhadap Pak Lah, maka rakyat yang sama akan menghukum beliau jika beliau dilihat berterusan dipengaruhi oleh isterinya dalam pentadbiran negara.

Nabi saw ada bersabda bahawa orang yang dikuasai wanita tidak boleh jadi ketua yang baik.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment