Meskipun Karpal cuba melakukan “damage control” dengan menganggap kenyataan Mat Sabu itu sebagai liar dan tidak benar, tindakan tersebut tidak sedikit pun dapat memadam api kemarahan rakyat negara ini yang sememangnya sangat mengenai kejadian Bukit Kepong yang terjadi pada tahun 1950 itu.
Semua rakyat masih ingat lagi mengenai tulisan Abdullah CD yang juga merupakan bekas rakan seperjuangan Mat Indera, di mana mereka berdua juga adalah bekas ketua pasukan platun Komunis ketika di zaman sebelum merdeka itu. Dalam penulisan Abdullah CD dibuku yang dikarangnya, “Memoir Abdullah CD”, muka surat 115, bekas anggota komunis itu menyatakan fakta bahawa Mat Indera adalah seorang anggota komunis dan mengetuai serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong itu.
Kemudian, Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat pula datang cuba untuk mempertahankan Timbalan Presidennya itu. Dia membawa penampilan khas adik Mati Indera yang belainan ibu, Baharom Shah Indera, yang berusia 65 tahun, untuk “menegakkan jarum yang basah”.
Dalam sidang media yang dilakukan baru-baru ini, Baharom yang kelihatan di”control” oleh Suhaizan, meminta agar sejarah mengenai abangnya dikaji semula dan mendesak kerajaan membersihkan nama abangnya dari dibabitkan dengan pengganas komunis. Kononnya, abangnya itu merupakan pejuang kemerdekaan dan pergi ke Bukit Kepong untuk tujuan menyelamatkan mangsa di kalangan anggota polis!
Boleh percayakah apa yang cuba disampaikan oleh Baharom dan Suhaizan itu? Apa kreadibilitinya? Ketika kejadian Bukit Kepong, Baharom baru berumur 4 tahun! Apa yang budak 4 tahun tahu tentang kehidupan? Suhaizan pula sudah dilahirkan, kah? Justeru itu, kreadibiliti mereka berdua wajar di”tong sampah”kan.
Kreadibiliti sewajarnya diberikan kepada fakta yang dinyatakan oleh Abdullah CD dan nukilan bekas komunis itu. Ini adalah kerana Abdullah CD hidup di zama itu dan tahu apa yang berlaku memandangkan dia juga merupakan seorang komunis. Hanya komunis yang kenal komunis! Dan hanya Abdullah CD yang kenal Mat Indera.
Hakikatnya, kontroversi yang ditimbulkan Mat Sabu ini jelas menunjukkan bahawa Timbalan Presiden Pas itu sengaja men”jolok sarang tebuan”. Dia sengaja nak cari pasal. Mungkin dengan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pasukan komunis yang menyerang Balai Polis Bukti Kepong itu merupakan pejuang kemerdekaan, manakala Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Onn Jaafar sebagai bukan pejuang kemerdekaan, maka Mat Sabu boleh mengurangkan sedikit rasa terhutang budi puak-puak Pakatan Haram kepada UMNO yang berjuang memerdekakan Tanah Melayu dari British dahulu.
Bagaimanapun, Mat Sabu juga telah menunjukkan satu fakta yang sangat jelas mengenai diri dan pendiriannya, iaitu Pakatan Haram sememangnya mengiktiraf komunis sebagai rakan mereka dan pejuang kemerdekaan negara. Meskipun komunis terbukti sebagai pengganas yang cuba menjajah Tanah Melayu dari penjajahan British, Pakatan Haram sanggup memberikan pujian sebegitu kepada komunis.
Mengapa Pakatan Haram bertindak begitu? Ini adalah kerana mereka sudah sangat terdesak ekoran kesedaran dan perubahan rakyat yang semakin kuat condong kepada Barisan Nasional, khususnya UMNO. Mat Sabu cuba mengambil hati golongan bukan Melayu, terutamanya kaum Cina, yang masih berfahaman komunis untuk menyokong Pakatan Haram. Itu saja motifnya.
Untuk makluman, dianggarkan lebih 2,000 orang majoritinya kaum Cina masih lagi menyokong fahaman komunis di negara merdeka ini. Cuma mereka tidak mengangkat senjata sahaja. Mereka boleh dikesan di kawasan Kepong, Jinjang, Selayang dan beberapa kawasan yang padat dengan DAP di seluruh negara. Sumber tersebut diberitahu sendiri oleh seorang wartawan media yang pernah menghadiri satu perjumpaan komunis di Hadnyai, Thailand, beberapa tahun lalu kepada saya. Dijangka jumlah tersebut kian meningkat kini.
Masih lagi mahu menyokong Pakatan Haram? Silakan. Menyokong Pakatan Haram samalah seperti anda menyokong komunis yang membunuh lebih 20,000 orang rakyat negara ini, khususnya bangsa Melayu yang beragama Islam!
sumber: perak today
No comments:
Post a Comment