Sunday 11 September 2011

PERJUANGAN BELUM SELESAI 2


Amanah dalam menunaikan tugas adalah sebahagian daripada perintah Allah kepada penguasa atau pemerintah. Hishammuddin sepatutnya bertindak tegas dalam menangani masalah2 yang berkaitan dengan ancaman yang mungkin berlaku dalam negara ini.

Sebenarnya ramai rakyat telah naik bosan dengan sikap Hishammuddin terhadap isu2 yang berlaku sebelum ini yang jelas menampakkan petualang2 negara seperti Anwar, Namewee, Mat Sabu, Majlis Peguam, Khalid Samad, ADUN Sri Muda, Lim Guan Eng, Ambiga dan banyak lagi semakin berani buat kacau dalam negara ini dengan mengeluarkan kenyataan yang membawa kepada keburukan kepada negara ini.

Sebenarnya saya dan rakyat marhein sangat hairan dengan sikap pasif Hishammuddin terhadap isu2 yang menampakkan jelas kerugian kepada kepentingan agama islam dan melayu.

Adakah tindakan Hishammuddin itu atas arahan Najib bagi mengelakkan kegagalan 1 Malaysia?

Zaman pemerintahan Tun Mahathir umpama langit dan bumi berbeza dengan kebebasan media yang ada harini. Sejak pemerintahan Pak Lah dan Najib jelas nampak bahawa petualang2 negara seumpama dibela. Yang sedihnya keterbukaan dan kebebasan ini merugikan keistimewaan agama islam dan kaum melayu. Ketika pemerintahan Tun, perkongsian kuasa antara 3 kaum utama negara ini bijak sekali dilaksanakan. Agihan kuasa cekap sekali dilakukan sehinggakan negara luar mengkagumi Malaysia.

UMNO menjaga kepentingan kaum Melayu dan agama rasmi negara, Islam. MCA & Gerakan menjaga kepentingan kaum Cina dan MIC menjaga kepentingan kaum India serta parti2 di Sabah Serawak menjaga kepentingan suku2 Bumiputera. Agihan kuasa, ekonomi dan lain2 hal berjalan dengan baik semasa pemerintahan Tun. Segala puji bagi Allah yg mengangkat Tun utk Malaysia selama 21 tahun dan tahniah serta terima kasih buat Tun krn berjaya mengalas tanggungjawab yg diamanahkan oleh Allah swt.

Sebenarya, dalam keadaan kefahaman orang melayu yang majoritinya beragama islam yang sangat rendah terhadap ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw, kaum melayu tidak dapat lari dari bersifat rasis. Jika kaum melayu yang sudah menganuti agama islam yang sememangnya mengajar penganutnya menyanyangi semua bangsa yang dicipta Allah masih bersifat rasis. Apatah lagi kaum cina dan india. Kontrak sosial yang ditulis oleh datuk nenek kita sewaktu pembentukan negara ini dulu telah mensyaratkan melayu menerima kaum india dan cina yang dibawa masuk ke negara ini oleh British sebelum merdeka.

Kejadian 13 Mei 1969 sebagai penunjuk bahawa perpaduan negara ini terletak kpd kecekapan dlm perkongsian kuasa serta ekonomi antara 3 kaum utama negara ini. Imbangan ekonomi antara kaum perlu dibuat sehingga lahirnya DEB. Kepentingan antara 3 kaum dijaga masing2 oleh UMNO, MCA dan MIC awalnya sebelum penyertaan Gerakan dan parti2 dari Sabah Serawak ke dalam jentera pemerintah negara ini.

Perkongsian kuasa ini dibuat kerana setiap kaum bersifat rasis. Kerana Tun cukup komited menjaga kepentingan melayu beliau dituduh ultra-malay. Sebenarnya bukan melayu sahaja bersifat rasis tetapi cina dan india bersifat rasis. Malahan terdapat bukti bahawa cina dan india bersifat sangat rasis berbanding melayu. Tandanya melayu sanggup terima 2 kaum ini semasa menuntut kemerdekaan negara ini. Melayu masih boleh bersabar apabila kepentingan melayu & islam tergugat sehingga kini sejak pemerintahan Pak Lah dan Najib.

Percayalah rencah perkongsian kuasa antara 3 kaum negara ini (masing2 menjaga kepentingan kaum masing2) yang dibina sejak dahulu masih relevan sampai sekarang sehinggalah islam sebenar yg dibawa oleh Muhammad saw difahami dan diamalkan oleh sebahagian orang islam negara ini.

Konsep 1 Malaysia sebenarnya menghentikan konsep perkongsian kuasa yang mana setiap parti yang mewakili kaum masing2 dan menjaga kepentingan kaum masing2. Konsep 1 Malaysia menampakkan kepentingan melayu telah diganggu gugat sama sekali. UMNO nampak kurang bermaya menjaga kepentingan islam dan melayu krn terlalu menjaga konsep 1 Malaysia agar tidak gagal walaupun kepentingan melayu terpaksa dikorbankan, walhal kaum cina dan india seolah2 tidak menghirau pengorbanan yg melayu telah buat dan terus menuntut pelbagai kepentingan mereka. Kerana itulah Melayu membentuk PERKASA sbg badan yang mengambil tugas asal UMNO. Lihatlah sepanjang pemerintahan Najib, kesan daripada kebebesan media kaum cina & india sudah menuntut lebih2 krn konsep utama dlm 1 Malaysia ialah mengutamakan sama-rata. UMNO gagal menjaga kepentingan melayu krn konsep baru Najib telah melenyapkan konsep asal (berkongsi kuasa-menjaga kaum masing2).

Perlantikan Idris Jala sebagai penasihat ekonomi utama Najib memberi kesan kepada melayu. Melayu sedih sebenarnya.

PERJUANGAN BELUM SELESAI 1: KLIK

Sepatutnya konsep asal diteruskan dalam pemerintahan Najib kerana ketiga-tiga kaum utama negara masih menebal sifat rasis sehinggalah sebahagian orang islam negara ini kembali mengamalkan ajaran sebenar Muhammad saw yang mana bersama mereka ada bantuan Allah swt.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment