Saturday, 24 September 2011

PAS IKUT PERANGAI IBLIS?

  Gambar Banner di Taman Greenwood, Gombak

PAS buat salah, nak tutup kesalahan sendiri, salahkan UMNO. Inilah perangai orang rasa diri bagus kerana dah sah masuk syurga! Macam Iblis, langgar perintah Allah tak nak sujud pada Adam a.s.

Punca iblis jadi sesat kerana perasan diri bagus daripada Adam a.s. Lantaran rasa diri bagus kerana banyak beribadat pada Allah dengan niat tak ikhlas supaya dilantik jadi Khalifah. Enggan taat perintah Allah yang menyuruhnya sujud pada Adam. Bukan Adam yang suruh, tetapi pencipta Iblis dan Adam yang suruh. Kerana enggan, Iblis dilaknat oleh Allah selama-lamanya.

Setelah Iblis dilaknat, dia tidak pernah salahkan dirinya tetapi salahkan Adam kerana dia rasa tercabar dengan peciptaan Adam kerana terlepas impiannya ingin jadi Khalifah di muka bumi yang dijanjikan sebaliknya Allah beri kepada Adam dan anak cucunya. Iblis bersumpah akan sesatkan bani adam hingga kiamat supaya bersama2nya masuk neraka.

Adam a.s ada buat salah termakan hasutan Iblis (kerana Iblis dengki dengan Adam & Hawa, ditipunya mereka berdua supaya langgar perintah Allah dengan memakan buah Khuldi dalam syurga). Tapi  Adam tak macam Iblis. Adam buat salah, dia mengaku salah dan mintak ampun serta bertaubat kepada Allah. Iblis tak macam Adam, dahla buat salah, taknak mengaku salah dan irihati pada orang yang Allah berikan kelebihan dan buat usaha sesatkan dan hancurkan orang.

Orang PAS sebenarnya bawak perangai Iblis (maaf agak keras tapi kena terima hakikat). Setiap kali kesalahan PAS, diletak pada UMNO. Tak pernah mengaku salah, walau terang2 salah dibuat oleh PAS. Tak cukup dengan itu, Nik Aziz sanggup nak berkawan dengan Syaitan kalau sanggup berjuang tolong PAS. Walhal, Allah terangkan dalam Quran bahawa Syaitan dan Iblis adalah musuh yang nyata. Perangai PAS dan perangai Iblis seakan akan hampir sama. Iri hati dengan UMNO yang Allah angkat jadi pemerintah di Malaysia sama macam Iblis irihati dengan Adam dan anak cucu yang diangkat jadi Khalifah di muka bumi.

Sedarlah wahai pejuang PAS, muhasabah diri! Jadilah macam Adam, mengaku salah bila buat salah dan jangan lagi buat perangai Iblis kalau tak nak sesat lebih dalam macam Iblis laknatullah.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment