Thursday, 15 September 2011

SETIAP KAUM RASIS DI NEGARA INI


Matlamat memperkenalkan 1 Malasyia oleh Najib untuk menyatukan padukan rakyat negara ini satu usaha yang baik. Namun, Najib harus sedar sebagaimana Tun Mahathir sedar hakikat sebenar keadaan 3 kaum utama negara ini. Setiap bangsa adalah rasis. Ini kebiasaan bagi setiap bangsa di seluruh dunia. Arab juga rasis sebelum kedatangan islam yang sebenar.

Dalam bangsa arab, ke'rasis'an mereka pecah lagi mengikut kaum atau kabilah masing2. Kerasisan mereka membawa kepada peperangan yang berpanjangan. Begitu juga di Yathrib, suku Aus dan Khozroj. Dua suku Arab ini bergaduh berketurunan lamanya. Setelah datang islam yang sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw, sebahagian Arab jadi orang beriman kepada Allah. Aus dan Khozroj bersatu setelah mereka jadi orang yg beriman kepada Allah swt. Setelah itu, 2 suku ini dipanggil kaum Ansar yang bersatu pula dengan orang2 yang telah beriman dari bandar Mekah, kaum Muhajirin. 2 kaum dari 2 bandar berbeza ini bersatu dibawah islam. Selepas itu seorang yang datang dari Parsi yang memeluk islam bernama Salman Parsi r.a,  Tamindari r.a yang berkulit putih dari Rome, Bilal r.a dari Habsyah dan pelbagai kaum telah bersatu dibawah islam yang dibawa oleh Muhammad saw.

Dalam keadaan umat islam tidak mengamalkan islam sebenar serta rakyat Malaysia yang berlainan bangsa dan agama, adalah mustahil dapat bersatu sebagaimana bersatunya para sahabat Nabi Muhammad saw. Selama ini kerana kecekapan Tun Mahathir mentadbir melalui perkongsian kuasa KLIK , 3 kaum ini dapat hidup harmoni secara luaran. Namun keharmonian negara ini tidak akan kekal lama kerana sifat manusia yang tamak mahukan dunia. Manusia hanya dapat bersatu bila mempunyai maksud yang sama iaitu mencari keredhaan Allah seperti para sahabat bersatu di Negara Madinah yang diketuai pemimpin yang juga mencari keredhaan Allah iaitu Muhammad saw.

Untuk Allah satukan rakyat berbilang kaum negara ini, umat islam negara ini mesti kembali ikut ajaran islam yang dibawa oleh Muhammad saw. Orang islam negara ini mesti tinggalkan ajaran islam tafsiran ulama@ ustaz terkini, PAS, Tabligh, Wahabi@ Salafi, Tarikat, Arqam, Syiah dan etc. Selagi orang islam masih mahu bersama dengan islam fahaman yang bukan tafsiran yang ditunjuk oleh Muhammad saw, selagi itulah orang islam takkan bersatu dan caci mencaci. Bila orang islam sendiri tidak bersatu, tiada lah rahmat Allah  kepada orang islam negara ini dan Allah tidak akan pandang lagi umat islam negara ini.

Allah beri rahmat sesuatu tempat atau negara ikut amal orang islam. Allah tidak pandang amal orang bukan islam. Bila orang islam tidak bersatu, mana mungkin sesuatu negara jadi aman dan dirahmati.

Rakyat negara ini tidak akan bersatu selagi umat islam sendiri hidup kucar kacir,  tiada bantuan & rahmat Allah. Bila Allah murka dengan umat islam negara kerana tidak amalkan islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw, mana mugkin Allah satukan rakyat negara ini. Keamanan yang wujud tidak akan kekal lama.

Hasil dari DEB, ramai melayu jadi bijak pandai @ golongan melayu profesional bertambah. Sebahagian mereka mahu jkuasa dan harta jadi jalan singkat jadi ahli politik, mereka tak nampak jalan untuk naik cepat kalau sertai UMNO, mereka sertai PAS yang nampak makin meningkat dan prestasi. 


Dulu 13 Mei 1969, pergaduhan antara melayu dan cina yang berebut kekayaan negara. Sekarang antara melayu yang lahir dari DEB. Melayu sama melayu dalam UMNO dan PAS bergaduh. Dulu PAS hanya dipimpin oleh golongan lulusan pondok agama. Tapi sekarang golongan profesional sertai PAS. Mereka mahu dapat kuasa, jadi menteri seperti ahli UMNO. Hasad dengki dan iri hati, tamak punca semua ini berlaku. Perebutan kuasa, harta, pangkat antara PAS dan UMNO sekarang makin sengit dan lebih buruk. Melayu berpecah!

Percayalah selagi umat islam negara yang majoritinya melayu samada dari UMNO, PAS atau pengundi atas pagar melayu atau pemerhati politik melayu tidak kembali kepada islam yg sebenar, tidak mungkin kita semua bersatu.

Ikutlah perjuangan Muhammad saw kalau mahu dibantu Allah swt.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment