Friday, 23 September 2011

KHALID BERTUHANKAN DAP DALAM HAL HUDUD


Khalid keluarkan kenyataan seolah-olah bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan selagi tidak ada perkenan tuhan-tuhan dalam DAP dan PKR. 

Sepatutnya dia kena beri penjelasan dari segi sudut islam bukan dari sudut politik kerana hudud adalah sebahagian dalam hukum islam. Sepatutnya dia perlu cakap, selagi orang islam sendiri tidak kembali amalkan islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw yang mana natijahnya orang islam di Malaysia belum mencapai tahap beriman seperti para sahabat, maka selagi itulah hudud belum boleh dijalankan.

TETAPI SEBALIKNYA KHALID DAN SALAHUDDIN BERKATA SEUMPAMA UNTUK LAKSANAKAN HUDUD MESTI TUNGGU ARAHAN TUHAN-TUHAN DALAM DAP & PKR...


Khalid Samad pula jelas berdolak dalik namun akhirnya tetap akur bahawa hudud tidak akan dapat dilaksana sekiranya tidak mendapat kebenaran dari tuhan DAP.

Timbalan Pesuruhjayanya, Khalid Samad berkata, jika satu referendum mengenai perkara itu diadakan dan keputusan menunjukkan bahawa rakyat menyokong, maka ia harus dilaksanakan.
Bagaimanapun pada masa yang sama, beliau juga berkata, PAS tidak akan meneruskan niat untuk melaksanakan undang-undang itu tanpa persetujuan daripada DAP dan PKR.
"Tetapi ia bukanlah sesuatu yang kita akan laksanakan tanpa persetujuan rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak membincangkan secara terbuka mengenai pelaksanaan hukum hudud kerana ia tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat. 

Sebaliknya Salahuddin berkata, pakatan pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama serta usaha untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Tidak perlu lah kita berbincang mengenai perkara-perkara yang tidak mungkin boleh dilaksanakan... semua pihak kena faham perkara ini,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Orang PAS tau tak? Tuhan satu je tau yakni Allah swt
Bersaksilah Tiada tuhan selain Allah, Muhammad pesuruh Allah.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment