Saturday 17 September 2011

AJARAN SESAT DI MARANG TERENGGANU

Di Marang ajaran sesat tersebar dikalangan penduduk sekitar. Saya bersama ketua jemaah Amar makruf nahi mungkar buat usaha untuk jumpa salah seorang pengikut ajaran sesat di rumahnya namun gagal. Kami hanya dapat jumpa isteri pengikut ajaran sesat tersebut.

Isterinya sangat sedih dengan suaminya kerana sanggup mencerca Allah dan dengan bangga mengaku tidak islam. Adik pengikut ajaran sesat tersebut yg tinggal berdekatan dgn rumah ajaran berkongsi cerita dgn kami antaranya ialah dia menuduh imam dan bilal masjid kampungnya sbg anjing dan babi.

Menurut jirannya sudah acap kali dan banyak orang menasihatinya agar kembali kepada islam namun ditolaknya. Katanya lagi ia berpunca bila dia belajar ajaran itu dari Endau johor. Terkini dia ikut ajaran sesat di Chendering, Marang.

Isterinya sangat sedih krn dah buat laporan kepada Jabatan Agama Islam Terengganu, namun hingga sekarang tiada tindakan dan siasatan dibuat.

Saya sebagai rakyat yang berasal dari negeri Darul Iman berharap pihak berkuasa agama menyiasat kes ini dan jgn biarkan tersebar lagi kpd lebih ramai orang.

Tangkap ketua kalau nak hentikan ajaran sesat tersebar mcm Haji Kahar rasul melayu. Jgn biar lepas mcm Ayah Pin.

~ pengikut Muhammad saw

3 comments:

  1. jika pejabat tak mau ambil tindakan. cuba bagitau di mana rumahnya..atau sekurang-kurangnya nama timangan beliau serta kgnya di Marang apa namanya.. kami sedia membantu??

    ReplyDelete
  2. la..org tanya tak jawab. bukannya nak pegi cari gaduh @ ape.. kwn pun org kerajaan jugak. kalau Pejabat agama terlepas pandang, banyak lagi Pjbt kerajaan yg cakna..yang lebih induk serta punya jalan keluar.

    saya selaku kakitangan awam negeri Terengganu dan anak Marang, merasa malu dan terpanggil untuk sama2 bertanggungjawab jika benar dakwaan tuan. ini isu yang melibatkan akidah Ummat Islam. Pohon tuan bagi maklumat tambahan @ email saya terus ok.

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  3. salam ezra,

    email kat saya di dadengannamaallah@gmail.com

    Thanks

    ReplyDelete